Sunday, 14 October 2012

Sejarah Manusia Mula Merokok


Pernah tak anda terfikir, siapa agaknya manusia pertama menghisap rokok sehingga tabiat merokok menjadi amalan lebih 1.22 billion umat manusia di muka bumi ini?  Jika dilihat dari faktor sejarah jenis rokok yang dihisap sekarang, ia bermula daripada negara Amerika.

Tembakau pada asalnya digunakan oleh kaum peribumi Amerika sebagai bahan puja dalam upacara keagamaan mereka. Ia hanya boleh digunakan oleh orang-orang tertentu saja terutamanya bomoh. Mereka percaya tembakau adalah satu anugerah dari Tuhan untuk kegunaan manusia. Mereka percaya dengan menyedut asap tembakau, para bomoh akan mengalami keadaan istimewa di mana permohonan mereka akan menjadi kenyataan.

Selepas kedatangan orang Eropah ke Amerika. Tembakau mula menjadi barang komersial berharga di mana orang menghisap tembakau dalam upacara-upacara penting dan juga ketika perbincangan perniagaan. Teknik menghisap rokok juga diperbaiki menjadi semakin maju sehinggalah ia merebak ke seluruh dunia dan menjadi salah satu sumber kekayaan.

Christopher Columbus dalam pelayarannya pernah mencatatkan bahawa beliau melihat orang biasa membawa daun tembakau sebagai bekalan dalam perjalanan mereka kerana kepentingannya dari segi perubatan dan kesihatan.

Penduduk di Cuba pada zaman dahulu dilaporkan akan memasang jamung yang diperbuat daripada daun tembakau untuk dibakar dan menyebabkan banyak asap keluar memenuhi kampung. Mereka menjadikan asap tembakau sebagai bahan pencegah pelbagai penyakit dan juga digunakan bagi menghilangkan rasa keletihan.

Para saintis juga melaporkan bahawa asap tembakau merupakan bahan terapi yang baik yang boleh digunakan dalam rawatan jiwa.

Daun tembakau sudah berabad-abad lamanya digunakan sebagai bahan kawalan serangga perosak dikawasan perladangan. Daun tembakau yang ditumbuk dan dicampur dengan air setelah diperam selama 1 hari jika dicampur dengan beberapa sudu sabun boleh direnjis pada tanaman untuk membunuh berbagai serangga, bakteria dan juga fungus.

Nikotine yang ada pada tembakau mampu menyerap masuk ke dalam badan terus melalui kulit manusia. Kita akan merasa mabuk, pening, nak muntah, dan sukar bernafas.

Pendedahan kepada serapan Nikotin mendatangkan kesan selepas 3 jam di mana kita akan mula mengalami kejang otot perut, senak perut, suhu badan naik, degupan jantung bercelaru dan tekanan darah naik. Kesan ini akan kekal selama 3 hari.
Di Nusantara ini juga orang kita biasa merokok dengan menggunakan tembakau yang dibalut dengan daun nipah. Tembakau juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan perubatan tradisional oleh bomoh kita dahulu dan juga sekarang.
Barangkali tradisi menggunakan asap tembakau sebagai alat perubatan merupakan pencetus kepada tabiat merokok penduduk dunia sekarang ini termasuklah di negara kita. Cuma orang kita tidak membina idea merokok dengan lebih canggih sepertimana orang eropah di satu masa dahulu. Ada yang masih kekal dengan tembakau jawa dibalut dengan rokok daun sahaja sehinggalah sekarang.




Saturday, 18 February 2012

BAHAYA ROKOK


RACUN DALAM ASAP ROKOK MEROKOK MEMBAWA PENYAKIT

Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit
  1. Kanser pundi kencing
  2. Kanser perut
  3. Kanser usus dan rahim
  4. Kanser mulut
  5. Kanser Esofagus
  6. Kanser tekak
  7. Kanser pankrias
  8. Kanser payudara
  9. Kanser paru-paru
  10. Penyakit saluran pernafasan kronik
  11. Strok
  12. Kereputan tulang (osteoporosis)
  13. Penyakit jantung
  14. Kemandulan
  15. Putus haid awal
  16. Melahirkan bayi yang cacat
  17. Keguguran bayi
  18. Mati pucuk
  19. Bronkitis
  20. Batuk
  21. Penyakit ulser peptik
  22. Emfisima
  23. Otot lemah
  24. Penyakit gusi
  25. Kerosakan mata

MEROKOK SECARA PASIF
Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').
Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :
  • 2 kali lebih banyak nikotin
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida
  • 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
  • 3 kali lebih banyak tar

KESAN-KESAN MEROKOK SECARA PASIF
  • Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
  • Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
  • Sakit atau pedih mata
  • Bersin dan batuk-batuk
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala

PEROKOK PASIF DAN RISIKO PENYAKIT
Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakit
  • Penyakit jantung    -    30%
  • Kanser                  -    25%    

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG
  • Keguguran janin
  • Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  • Kurang berat badan - 20 hingga 30% 
  •  
KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI
  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Leukeamia
  • Kanser otak 22%
  • Lelah - meningkat simptom lelah
  • Sindrom kematian secara mengejut
KANSER PARU-PARU
 
MENGENAI KANSER
Anak-anak yang lahir tahun 1985, diperkirakan sepertiganya akan pernah menderita kanser, dan kira-kira seperempatnya akan meninggal karena kanser. Kita semua memiliki keluarga atau teman yang mengidap kanser. Jadual berikut memaparkan jumlah pengidap kanser di US tahun 1993. 
 

Jumlah
Penderita
Jumlah
Kematian
Persen Kematian
dari Seluruh Kanser
Paru-Paru
170 000
149 000
28%
Usus Besar
152 000
57 000
11%
Payudara
183 000
46 300
9%
Leukemia
93 000
50 000
9%
Prostat
165 000
35 000
7%

Kanser pembunuh terbesar, iaitu kanser paru-paru, membunuh hampir 90% penderitanya, atau hampir 30% dari seluruh kematian akibat kanser. Namun sesungguhnya kanser paru-parulah yang paling mudah dicegah. Penyelidikan dalam beberapa dekad menunjukkan bahawa satu-satunya penyebab utama kanser paru-paru adalah asap rokok.

KARSINOGEN

Zat-zat karsinogen (pemicu kanser) yang terkandung pada rokok adalah:
  • vinyl chloride
  • benzo (a) pyrenes
  • nitroso-nor-nicotine

Satu-satunya zat yang lebih berbahaya daripada asap rokok dalam memicu kanser paru-paru adalah zat-zat radioaktif. Itu pun jika dimakan atau dihidap dalam kadar yang cukup.

KESAN KANSER PARU-PARU

Kematian umumnya bukan terjadi karena kesulitan bernafas yang diakibatkan oleh membesarnya kanser, tetapi karena posisi paru-paru dalam sistem peredaran darah menjadikan kanser mudah menyebar ke seluruh tubuh. Penyebaran metastase ke arah otak dan bahagian kritis lainnya lah yang mengakibatkan kematian itu. 90% penderita meninggal dalam 3 tahun setelah diagnosis.

Wednesday, 21 December 2011

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK


Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir.

Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)

Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini.



Anda digalakkan buat kajian peribadi,
menambahkan lagi ilmu & menghilangkan keraguan.

NOTA BUAT PEROKOK & PEROKOK TEGAR

  Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.


✖ Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat ✖

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.

★ Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.


✖ Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak ✖

✔ Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
✔ Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
✔ Jagalah mereka, sayangi mereka.
✔ Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
✔ Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
✔ Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.


✖ Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk ✖

☠ Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
☠ Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
☠ Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
☠ Kualiti sperma anda akan terganggu.
☠ Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.


✖ Hubungan Seks Anda Akan Terganggu ✖

✔ Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
✔ Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
✔ Selamatkan diri anda dari mati pucuk
✔ Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
✔ Bertindak bijak, jangan merokok.


✖ Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda ✖

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

★ Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.


✖ Merokok Mengakibatkan Strok ✖

☠ Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
☠ Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
☠ Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
☠ Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
☠ Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.


✖ Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok ✖

☠ Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
☠ Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
☠ Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
☠ Bantulah diri anda.
☠ Amalkan cara hidup sihat.
☠ Jangan merokok.


✖ Berhenti Merokok ✖

✔ Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
✔ Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
✔ Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
✔ Luahkannya dengan cara positif.
✔ Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.


✖ Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung ✖

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.


✖ Sayangkan Jantung Anda ✖

✔ Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
✔ Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
✔ Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
✔ Jauhilah diri dari asap rokok basi.
✔ Belajarlah menyayangi jantung anda.
✔ Jangan merokok.


✖ Fakta Membimbangkan Akibat Merokok ✖

► 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
► Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
► Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
► 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
► Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
► Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.


✖ Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru ✖

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.


✖ Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru ✖

► Setiap sedutan membawa padah.
► Kenapa harus meracuni diri?
► Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
► Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
► Bertindak bijak, jangan merokok.


✖ Keluarga Anda dan Orang Tersayang ✖

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

★ Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.


✖ Bahan Toksik Dalam Asap Rokok ✖

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.


Bahan kimia dalam rokok (=) Sumber bahan kimia
◆ Metanol ▶ Bahan Api
◆ Nitrobenzena ▶ Gasolin
◆ Karbon Monoksida ▶ Asap kereta
◆ Butana ▶ Cecair pemetik api
◆ Raksa ▶ Logam dalam jangka suhu
◆ Vinil Klorida ▶ Bahan utama plastik
◆ Toulena ▶ Pelarut industri
◆ Ammonia ▶ Pencuci lantai
◆ Arsenik ▶ Racun tikus
◆ Kadmium ▶ Bahan utama bateri alkali
◆ Stearik ▶ Bahan utama dalam lilin
◆ Sianida ▶ Racun berbisa

Rahsia Merokok


Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH !!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH !!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan !!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi !!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib !!

SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK ...

̅

Saturday, 29 October 2011

Avoid eating chicken wings frequently - ladies especially a true story...!



 A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent
 an operation to remove the cyst. The cyst removed was filled with a
 dark- colored blood. She thought that she would be recovered after the
 surgery but she was terribly wrong.

 A relapse occurred just a few months later. Distressed, she rushed
 down to her gynecologist for a consultation.

 During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled
 her. He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she
 replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.

 You see, the truth is in this modern day and age; chickens are
 injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of
 this society can be met. This need is none other than the need for
 food.

 Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at
 the neck or the wings. Therefore, it is in these places that the
 highest concentration of steroids exists. These steroids have
 terrifying effects on the body as it accelerates growth.

 It has an even more dangerous effect in the presence of female
 hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst
 in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their
 diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

 People, who receive this email, please forward it to your friends and
 loved ones. I am sure no one wants to see them suffer!

 Do Good, Think Good!


 Notice from St. Joseph Health System
 Charmaine Wilson
 Agricultural Statistician
 USDA-NASS
 Livestock Section
 Office: 202-690-2168