Sunday, 14 October 2012

Sejarah Manusia Mula Merokok


Pernah tak anda terfikir, siapa agaknya manusia pertama menghisap rokok sehingga tabiat merokok menjadi amalan lebih 1.22 billion umat manusia di muka bumi ini?  Jika dilihat dari faktor sejarah jenis rokok yang dihisap sekarang, ia bermula daripada negara Amerika.

Tembakau pada asalnya digunakan oleh kaum peribumi Amerika sebagai bahan puja dalam upacara keagamaan mereka. Ia hanya boleh digunakan oleh orang-orang tertentu saja terutamanya bomoh. Mereka percaya tembakau adalah satu anugerah dari Tuhan untuk kegunaan manusia. Mereka percaya dengan menyedut asap tembakau, para bomoh akan mengalami keadaan istimewa di mana permohonan mereka akan menjadi kenyataan.

Selepas kedatangan orang Eropah ke Amerika. Tembakau mula menjadi barang komersial berharga di mana orang menghisap tembakau dalam upacara-upacara penting dan juga ketika perbincangan perniagaan. Teknik menghisap rokok juga diperbaiki menjadi semakin maju sehinggalah ia merebak ke seluruh dunia dan menjadi salah satu sumber kekayaan.

Christopher Columbus dalam pelayarannya pernah mencatatkan bahawa beliau melihat orang biasa membawa daun tembakau sebagai bekalan dalam perjalanan mereka kerana kepentingannya dari segi perubatan dan kesihatan.

Penduduk di Cuba pada zaman dahulu dilaporkan akan memasang jamung yang diperbuat daripada daun tembakau untuk dibakar dan menyebabkan banyak asap keluar memenuhi kampung. Mereka menjadikan asap tembakau sebagai bahan pencegah pelbagai penyakit dan juga digunakan bagi menghilangkan rasa keletihan.

Para saintis juga melaporkan bahawa asap tembakau merupakan bahan terapi yang baik yang boleh digunakan dalam rawatan jiwa.

Daun tembakau sudah berabad-abad lamanya digunakan sebagai bahan kawalan serangga perosak dikawasan perladangan. Daun tembakau yang ditumbuk dan dicampur dengan air setelah diperam selama 1 hari jika dicampur dengan beberapa sudu sabun boleh direnjis pada tanaman untuk membunuh berbagai serangga, bakteria dan juga fungus.

Nikotine yang ada pada tembakau mampu menyerap masuk ke dalam badan terus melalui kulit manusia. Kita akan merasa mabuk, pening, nak muntah, dan sukar bernafas.

Pendedahan kepada serapan Nikotin mendatangkan kesan selepas 3 jam di mana kita akan mula mengalami kejang otot perut, senak perut, suhu badan naik, degupan jantung bercelaru dan tekanan darah naik. Kesan ini akan kekal selama 3 hari.
Di Nusantara ini juga orang kita biasa merokok dengan menggunakan tembakau yang dibalut dengan daun nipah. Tembakau juga banyak digunakan sebagai salah satu bahan perubatan tradisional oleh bomoh kita dahulu dan juga sekarang.
Barangkali tradisi menggunakan asap tembakau sebagai alat perubatan merupakan pencetus kepada tabiat merokok penduduk dunia sekarang ini termasuklah di negara kita. Cuma orang kita tidak membina idea merokok dengan lebih canggih sepertimana orang eropah di satu masa dahulu. Ada yang masih kekal dengan tembakau jawa dibalut dengan rokok daun sahaja sehinggalah sekarang.




Saturday, 18 February 2012

BAHAYA ROKOK


RACUN DALAM ASAP ROKOK MEROKOK MEMBAWA PENYAKIT

Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit
  1. Kanser pundi kencing
  2. Kanser perut
  3. Kanser usus dan rahim
  4. Kanser mulut
  5. Kanser Esofagus
  6. Kanser tekak
  7. Kanser pankrias
  8. Kanser payudara
  9. Kanser paru-paru
  10. Penyakit saluran pernafasan kronik
  11. Strok
  12. Kereputan tulang (osteoporosis)
  13. Penyakit jantung
  14. Kemandulan
  15. Putus haid awal
  16. Melahirkan bayi yang cacat
  17. Keguguran bayi
  18. Mati pucuk
  19. Bronkitis
  20. Batuk
  21. Penyakit ulser peptik
  22. Emfisima
  23. Otot lemah
  24. Penyakit gusi
  25. Kerosakan mata

MEROKOK SECARA PASIF
Walaupun anda tidak merokok, anda masih boleh menyedut asap rokok daripada perokok. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').
Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :
  • 2 kali lebih banyak nikotin
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida
  • 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
  • 3 kali lebih banyak tar

KESAN-KESAN MEROKOK SECARA PASIF
  • Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
  • Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
  • Sakit atau pedih mata
  • Bersin dan batuk-batuk
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala

PEROKOK PASIF DAN RISIKO PENYAKIT
Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakit
  • Penyakit jantung    -    30%
  • Kanser                  -    25%    

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG
  • Keguguran janin
  • Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  • Kurang berat badan - 20 hingga 30% 
  •  
KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI
  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Leukeamia
  • Kanser otak 22%
  • Lelah - meningkat simptom lelah
  • Sindrom kematian secara mengejut
KANSER PARU-PARU
 
MENGENAI KANSER
Anak-anak yang lahir tahun 1985, diperkirakan sepertiganya akan pernah menderita kanser, dan kira-kira seperempatnya akan meninggal karena kanser. Kita semua memiliki keluarga atau teman yang mengidap kanser. Jadual berikut memaparkan jumlah pengidap kanser di US tahun 1993. 
 

Jumlah
Penderita
Jumlah
Kematian
Persen Kematian
dari Seluruh Kanser
Paru-Paru
170 000
149 000
28%
Usus Besar
152 000
57 000
11%
Payudara
183 000
46 300
9%
Leukemia
93 000
50 000
9%
Prostat
165 000
35 000
7%

Kanser pembunuh terbesar, iaitu kanser paru-paru, membunuh hampir 90% penderitanya, atau hampir 30% dari seluruh kematian akibat kanser. Namun sesungguhnya kanser paru-parulah yang paling mudah dicegah. Penyelidikan dalam beberapa dekad menunjukkan bahawa satu-satunya penyebab utama kanser paru-paru adalah asap rokok.

KARSINOGEN

Zat-zat karsinogen (pemicu kanser) yang terkandung pada rokok adalah:
  • vinyl chloride
  • benzo (a) pyrenes
  • nitroso-nor-nicotine

Satu-satunya zat yang lebih berbahaya daripada asap rokok dalam memicu kanser paru-paru adalah zat-zat radioaktif. Itu pun jika dimakan atau dihidap dalam kadar yang cukup.

KESAN KANSER PARU-PARU

Kematian umumnya bukan terjadi karena kesulitan bernafas yang diakibatkan oleh membesarnya kanser, tetapi karena posisi paru-paru dalam sistem peredaran darah menjadikan kanser mudah menyebar ke seluruh tubuh. Penyebaran metastase ke arah otak dan bahagian kritis lainnya lah yang mengakibatkan kematian itu. 90% penderita meninggal dalam 3 tahun setelah diagnosis.