Pernah tak anda terfikir, siapa agaknya manusia pertama menghisap rokok sehingga tabiat merokok menjadi amalan lebih 1.22 billion umat manusia di muka bumi ini? Jika dilihat dari faktor sejarah jenis rokok yang dihisap sekarang, ia bermula daripada negara Amerika.
Tembakau
pada asalnya digunakan oleh kaum peribumi Amerika sebagai bahan puja dalam
upacara keagamaan mereka. Ia hanya boleh digunakan oleh orang-orang tertentu
saja terutamanya bomoh. Mereka percaya tembakau adalah satu anugerah dari Tuhan
untuk kegunaan manusia. Mereka percaya dengan menyedut asap tembakau, para
bomoh akan mengalami keadaan istimewa di mana permohonan mereka akan menjadi
kenyataan.
Selepas
kedatangan orang Eropah ke Amerika. Tembakau mula menjadi barang komersial
berharga di mana orang menghisap tembakau dalam upacara-upacara penting dan
juga ketika perbincangan perniagaan. Teknik menghisap rokok juga diperbaiki
menjadi semakin maju sehinggalah ia merebak ke seluruh dunia dan menjadi salah
satu sumber kekayaan.
Christopher
Columbus dalam pelayarannya pernah mencatatkan bahawa beliau melihat orang
biasa membawa daun tembakau sebagai bekalan dalam perjalanan mereka kerana
kepentingannya dari segi perubatan dan kesihatan.
Penduduk
di Cuba pada zaman dahulu dilaporkan akan memasang jamung yang diperbuat
daripada daun tembakau untuk dibakar dan menyebabkan banyak asap keluar
memenuhi kampung. Mereka menjadikan asap tembakau sebagai bahan pencegah
pelbagai penyakit dan juga digunakan bagi menghilangkan rasa keletihan.
Para
saintis juga melaporkan bahawa asap tembakau merupakan bahan terapi yang baik
yang boleh digunakan dalam rawatan jiwa.
Daun
tembakau sudah berabad-abad lamanya digunakan sebagai bahan kawalan serangga
perosak dikawasan perladangan. Daun tembakau yang ditumbuk dan dicampur dengan
air setelah diperam selama 1 hari jika dicampur dengan beberapa sudu sabun
boleh direnjis pada tanaman untuk membunuh berbagai serangga, bakteria dan juga
fungus.
Nikotine
yang ada pada tembakau mampu menyerap masuk ke dalam badan terus melalui kulit
manusia. Kita akan merasa mabuk, pening, nak muntah, dan sukar bernafas.
Pendedahan
kepada serapan Nikotin mendatangkan kesan selepas 3 jam di mana kita akan mula
mengalami kejang otot perut, senak perut, suhu badan naik, degupan jantung
bercelaru dan tekanan darah naik. Kesan ini akan kekal selama 3 hari.
Di
Nusantara ini juga orang kita biasa merokok dengan menggunakan tembakau yang
dibalut dengan daun nipah. Tembakau juga banyak digunakan sebagai salah satu
bahan perubatan tradisional oleh bomoh kita dahulu dan juga sekarang.
Barangkali
tradisi menggunakan asap tembakau sebagai alat perubatan merupakan pencetus
kepada tabiat merokok penduduk dunia sekarang ini termasuklah di negara kita.
Cuma orang kita tidak membina idea merokok dengan lebih canggih sepertimana
orang eropah di satu masa dahulu. Ada yang masih kekal dengan tembakau jawa
dibalut dengan rokok daun sahaja sehinggalah sekarang.